COVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah kes baharu 24,466

64

28 Februari 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 27 Februari 2022 adalah seperti berikut :

  • Kes sembuh: 22,380 kes [3,085,940 kes kumulatif (90.2%)];
  • Kes baharu: 24,466 kes (3,419,636 kes kumulatif);
  • Kes import: 246 kes [208  warganegara (84.6%); 38 bukan warganegara (15.4%)];
  • Kes tempatan: 24,220 kes [23,272 warganegara (96.1%); 948 bukan warganegara (3.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 353 kes (146 kes disahkan COVID-19; 207 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 193 kes (86 kes disahkan COVID-19; 107 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Dalam kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa daripada  24,466 kes harian yang dilaporkan pada 27 Februari 2022, 105 kes (0.43 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 24,361 kes (99.57 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

  • Kategori 1: 8,704 kes (35.58%);
  • Kategori 2: 15,657 kes (63.99%);
  • Kategori 3: 51 kes (0.21%);
  • Kategori 4: 34 kes (0.14%); dan
  • Kategori 5: 20 kes (0.08%).

Daripada 105 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 27 Februari 2022:

  • 25 kes (23.81%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 56 kes (53.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 24 kes (22.86%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 53 kes (50.48%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 36 kes (34.29%) mempunyai komorbid.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,779 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 5 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,295 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 484 kluster.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles