Kesihatan @ My LNA

Hari Kanser Sedunia

698

KUALA LUMPUR, 4 Februari 2022 – Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran serta mengajak orang ramai mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan membendung penyakit kanser yang kian meningkat. Close the Care Gap atau Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser adalah tema sambutan untuk tahun ini.

Kanser merupakan satu daripada penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease atau NCD) yang penting dan merupakan penyebab kematian kedua terpenting di dunia, dengan jumlah kes dan kematian yang meningkat setiap tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan peningkatan 93% atau 19.3 juta kes baharu dikesan pada tahun 2020 berbanding 10 juta kes pada tahun 2000.

Kanser bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pesakit, tetapi ia turut memberi kesan negatif termasuk psikososial dan ekonomi kepada keluarga serta pembangunan ekonomi negara. Secara amnya, faktor-faktor risiko kanser adalah serupa dengan faktor risiko penyakit NCD yang lain. Pengesanan awal serta rawatan yang cepat dan berkesan memberi peluang yang baik kepada pesakit untuk sembuh.

Dalam pada itu, WHO menyatakan satu pertiga daripada kematian akibat kanser adalah dikaitkan dengan pengambilan tembakau (termasuk merokok), berat badan berlebihan, pengambilan alkohol secara berlebihan, kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, serta tidak aktif secara izikal. Untuk makluman, pengambilan tembakau merupakan faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan ia menyumbang kepada 22% kes kematian akibat kanser.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan yang terbaik serta berkualiti  untuk pesakit-pesakit kanser. Namun, tidak dinafikan wujud ketidaksamaan dalam penjagaan dan rawatan kanser di negara ini. Kebanyakkan perkhidmatan tertumpu di pusat-pusat bandar dan sukar untuk dicapai oleh pesakit yang tinggal jauh dari bandar atau pedalaman.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

OleoRangers pupuk kesedaran awam terhadap pemilihan, pengendalian minyak masak yang mampan

Makanan merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam memastikan kesihatan. Makanan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Komponen psikospiritual Islam perlu untuk mencegah bunuh diri

Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Apabila kerajaan negeri Kelantan...