Ekonomi @ My LNAPengguna @ My LNA

Sambutan baik harga siling ayam dari orang ramai

142

KEPALA BATAS, P. PINANG 4 Februari 2022 – Harga siling runcit ayam yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada kadar RM8.90 sekilogram bermula 5hb Februari 2022, disambut baik oleh peniaga ayam dan orang ramai. Rata-rata ramai yang bersetuju tindakan yang telah dilakukann oleh kerajaan itu.

Tinjauan di Pasar Awam Kepala Batas, Pulau Pinang menunjukkan pembeli dan peniaga amat berterima kasih di atas harga yang telah ditetapkan bagi tempoh 4 bulan akan datang.

Menurut seorang peniaga kedai makan Siti Jaleha Abdullah, beliau amat bersetuju kalau harga ayam ditetapkan harga RM8.90 sekilogram. Sebelum ini ramai pelanggan mengadu kerana harga seketul ayam yang beliau jual mahal.

Menurut Siti, beliau terpaksa jual mahal kerana harga ayam mahal ketika ini. Ketika ini ayam yang beliau beli 2 kilogram akan dipotong 16 bahagian. Harga seketul ayam akan dijual sebanyak rm2.00 seketul. Berapa ringgit nak untung menurut beliau. Itu tak termasuk bawang, cili, minyak dan gas.

Peniaga ayam di Pasar Awam Kepala Batas Puan Fazliana berkata, “kami yang peniaga ayam ni lega banyak. Sekarang pun jual harga RM9.10 sekilogram tetapi modal dikeluarkan RM8.30.  Kalau jual RM8.90 sekilogram, modal kena turun lagi.

Bila modal dah turun, kami penjual ayam ni semua lega la sikit daripada sebelum ni. Kalau jual pun tak boleh apa (tak dapat untung). Kalau hantar ke sekolah, sekolah nak murah dan tak boleh jual mahal. Jadi kami makan dua atau tiga puluh sen sahaja. Macam sekarang harga seekor ayam lebih kurang RM18.00 ke RM19.00, kalau pelanggan tanya kenapa ayam mahal, bila tanya pemborong, mereka akan kata dedak mahal.

Pelanggan kedai makanan yang ditemubual  Mat Zainuddin Awang pula bersetuju dengan harga siling yang telah ditetapkan itu. Beliau mengharapkan agar harga itu diteruskan atau diturunkan lagi di masa akan datang untuk kesenangan orang ramai.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...