AM

2,200 pelanggan telah hadir ke program KSM Bertemu Pelanggan sejak Januari 2019

182

PUTRAJAYA 17 Disember 2019 – Program Kementerian Sumber Manusia (KSM) Bertemu Pelanggan yang telah diselaraskan sejak Januari 2019 menerima kehadiran seramai 2,200 pelanggan dari tarikh tersebut sehingga 17 Disember 2019. Ia diadakan pada setiap hari Selasa bermula pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi di Blok D3, Aras 1, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.

Foto kredit kepada Pejabat Menteri Sumber Manusia

Menurut KSM di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, program tersebut adalah salah satu inisiatif Kementerian Sumber Manusia untuk mendengar, mengambil tindakan, dan menyelesaikan segala permasalahan serta mengambil kira sebarang idea penambahbaikan mengenai pengurusan sumber manusia bagi memastikan kualiti hidup rakyat semakin meningkat.

“Hampir 800 isu yang dibangkitkan oleh pelanggan pada program tersebut telah diberi maklum balas yang sebaiknya dan telah berjaya diselesaikan. Antara permasalahan serta aduan yang diterima adalah seperti; isu perburuhan, pekerja asing, caruman PERKESO, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesatuan sekerja, program latihan kemahiran, dan pelbagai isu yang lain di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia.

Foto kredit kepada Pejabat Menteri Sumber Manusia

Program turun padang yang dimulakan oleh YB Menteri Sumber Manusia, digerakkan oleh semua Ketua-Ketua & Pegawai-Pegawai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia sambil dihadiri oleh beliau sendiri dan YB Dato’ Timbalan Menteri Sumber Manusia yang bersama-sama meluangkan masa bersemuka mendengar permasalahan rakyat.” kata KSM.

Tambah KSM, program tersebut telah diadakan sebanyak 48 kali sepanjang tahun 2019 termasuk pernah diadakan di pelbagai lokasi seluruh Malaysia seperti Ipoh, Perak; Sandakan, Sabah; Kuching, Sarawak; dan di Cameron Highlands, Pahang dan pelaksanaannya adalah sejajar dengan misi Kerajaan Pakatan Harapan untuk menjadi frontliner dalam menjaga dan meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...