Home MY LNA AM IKLAN SUGARBOOK : Tindakan telah diambil oleh YWP
AM

IKLAN SUGARBOOK : Tindakan telah diambil oleh YWP

KUALA LUMPUR 18 Disember 2019 – Hasil daripada aduan yang telah ditularkan pada media sosial berkenaan paparan iklan LED SugarBook yang sensitif serta berunsur lucah di lokasi Bangsar dan Bukit Kiara, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBPL) mendapati bahawa mendapati pelesen struktur iklan merupakan milik Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang telah melantik Tetuan Out Of Home sebagai operator.

Sumber foto Facebook Rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan

“Kandungan iklan SugarBook yang dipaparkan pada struktur iklan LED tersebut tidak mendapat kelulusan dari DBKL dan YWP.

Pihak operator LED tersebut telah dimaklumkan berkenaan kandungan iklan yang sensitif dengan norma masyarakat Malaysia dan perlu serta-merta mengeluarkan iklan tersebut dari paparan LED berkenaan.

DBKL telah mengeluarkan arahan kepada YWP dan Out of Home untuk menarik balik segera paparan iklan tersebut di kedua-dua lokasi terlibat.” tegas DBKL di dalam satu kenyataan semalam.

Sumber foto Facebook Rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan

Selanjutnya pihak YWP telah mengambil tindakan segera dengan menghubungi syarikat Out of Home dan mengarahkan agar pemaparan visual tersebut dihentikan dan diturunkan dengan segera. Menurut YWP di satu kenyataan, pihak mereka menerima aduan mengenai pemasangan visual Sugarbook pada 2 unit struktur iklan luar tersebut pada jam 8:15 malam (17 Disember 2019).

“Pada jam 9.45 malam (17 Disember 2019) , berdasarkan pemeriksaan oleh YWP di lokasi-lokasi yang berkenaan, mendapati paparan visual tersebut telah dihentikan dan diturunkan sebagaimana arahan yang dikeluarkan.

YWP juga telah mengambil tindakan memanggil syarikat operator tersebut dan memberikan notis amaran serta surat tunjuk sebab kepada pihak syarikat pada 18 Disember 2019.” jelas YWP.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan...