Home AM Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat dilantik sebagai Ketua KSU Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC)
AMPelancongan

Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat dilantik sebagai Ketua KSU Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC)

17 Disember 2019 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) telah melantik YBhg. Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat sebagai Ketua Setiausaha (KSU) MOTAC berkuat kuasa semalam dan beliau telah melaporkan diri kepada YB Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan mengadakan pertemuan bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian.

Sumber foto Halaman Web Rasmi MOTAC

“Sebelum ini beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sejak 22 Oktober 2018. Beliau turut pernah menjadi Pengarah Seksyen Pengagihan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi serta dilantik ke beberapa jawatan awam dan korporat di pelbagai jabatan dan agensi.

Beliau berusia 57 tahun, memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Pembangunan Ekonomi dan Polisi) di Universiti Kobe, Jepun dan Sarjana Analisis Dasar dari Universiti Saitama, Jepun.

Sebelum itu, beliau bergraduasi dari Universiti Malaya dengan Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Analisa) dan Diploma Pentadbiran Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).” maklum MOTAC di dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Tambah MOTAC, Dato’ Dr. Noor Zari telah dianugerahkan dengan pelbagai pingat dan darjah kebesaran termasuk pengurniaan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan Terbilang (D.P.S.K) yang membawa gelaran Dato’.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...