26 Januari 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 27 Januari 2022 hingga 2 Februari 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:
- harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM3.07 kepada RM3.12 seliter;
2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
- Vivoryon Therapeutics N.V. Presents Outstanding Phase 2b Results of Varoglutamstat on Kidney Function at ASN Kidney Week 2024
- El Pollo Loco Turns Up The Heat with Exclusive Mango Habanero Flavor Test
- Groundbreaking Machine Learning Model Achieves 97.97% Accuracy in Earthquake Prediction for Los Angeles
- Chevron Introduces Rykon Grease Product Line in Asia
- Paws N’ Claws Veterinary Surgery in Singapore Recognised for Service Excellence, Trustworthiness, Volunteerism
Leave a comment