AMEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNA

KPDNHEP akan laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2022

123

PUTRAJAYA 26 Januari 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa sebagai langkah menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran semasa musim Perayaan Tahun Baru Cina 2022, Kementerian akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2022 yang akan berkuatkuasa bermula 29 Januari sehingga 4 Februari 2022 iaitu tiga (3) hari sebelum perayaan, semasa hari perayaan dan tiga (3) hari selepas perayaan.

Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa sebanyak enam (6) jenis barangan harga terkawal akan dikuatkuasakan melibatkan barang keperluan harian dari kategori hasil laut, barangan kering dan daging babi.

“Jumlah keseluruhan barangan harga terkawal bagi pelaksanaan SHMKM dan SHMTBC 2022 adalah sebanyak 18 jenis barangan daripada kategori ayam, telur ayam, sayur, barangan kering dan daging babi.” katanya.

Senarai barangan harga terkawal bagi SHMMP Tahun Baru Cina 2022 adalah seperti berikut:
i. Ikan bawal putih (berat antara 200gram hingga 400gram seekor);
ii. Udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram);
iii. Bawang putih (China);
iv. Babi hidup (Kawalan diperingkat ladang sahaja);
v. Daging babi (perut);dan
vi. Daging babi (daging dan lemak)

Manakala senarai barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang sedang berlangsung sehingga 4 Februari 2022 adalah seperti berikut:

i. Ayam hidup;
ii. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki,
kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya);
iii. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati
dan hempedal);
iv. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram
sebiji);
v. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram
sebiji);
vi. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram
sebiji);
vii. Kacang Panjang;
viii. Cili merah;
ix. Tomato;
x. Sawi hijau;
xi. Kobis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk
Beijing);dan
xii. Timun

Tambah Alexander, KPDNHEP akan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memastikan keberadaan bekalan di pasaran yang memudahkan Keluarga Malaysia mudah mendapatkan barangan keperluan harian pada musim perayaan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...