Home Ekonomi Harga RON95 dan Diesel kekal, RON97 naik 5 sen
Ekonomi

Harga RON95 dan Diesel kekal, RON97 naik 5 sen

26 Januari 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 27 Januari 2022 hingga 2 Februari 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM3.07 kepada RM3.12 seliter;

2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan

3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

EkonomiMY LNAPendapat

Subsidi bersasar: Jangan seperti enau dalam belukar

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Topik atau isu berkaitan subsidi bersasar,...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

EkonomiMY LNAPendapat

MPC adil, namun BNM perlu pergiat usaha penerangan

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Kenaikan kadar dasar semalaman atau OPR...