25 Januari 2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa supaya melanjutkan moratorium pinjaman bank dan pengecualian faedah yang akan tamat pada penghujung Januari atau Februari 2022 selama 6 bulan lagi.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, banyak aduan diterima mengenai sentimen perniagaan dan keadaan ekonomi yang lemah ditambah dengan kenaikan harga barangan.
“Walaupun Jabatan Perangkaan (DOSM) melaporkan bahawa inflasi tahunan meningkat sebanyak 2.5% pada 2021 berbanding 1.2% deflasi yang dialami pada 2020, realiti di bawah adalah kenaikan harga barangan yang jauh lebih tinggi, terutamanya barang makanan.
DOSM melaporkan bahawa indeks harga pengguna (IHP) bagi Dis 2021 melonjak kepada 3.2% berbanding bulan yang sama pada 2020, melepasi purata kadar inflasi IHP bulanan sepanjang sedekad lalu (2011-2021) sebanyak 1.9 peratus.” kata Guan Eng.
Tambah beliau, DOSM sendiri mengakui bahawa kenaikan IHP sebahagiannya didorong oleh harga barangan yang lebih tinggi bagi makanan dan minuman bukan alkohol, khususnya ayam, minyak masak dan sayur-sayuran.
“Lanjutan moratorium pinjaman bank dan pengecualian kadar faedah selama 6 bulan akan membantu menyelamatkan nyawa dan mata pencarian. Industri perbankan mampu memikul beban ini apabila mereka dianggarkan mencatatkan keuntungan selepas cukai setinggi RM20 bilion bagi tahun 2021 walaupun menanggung kos pengecualian kadar faedah sebelum ini dan moratorium pinjaman bank tahun lalu.” katanya.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment