AM

Warga JPM perlu tunjukkan contoh terbaik

95

25 Januari 2022 – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) perlu menunjukkan contoh terbaik kepada kementerian-kementerian lain dan rakyat kerana hampir semua dasar negara dirangka di situ.

“Semua mata tertumpu pada JPM, kerana hampir semua dasar negara tertumpu pada JPM…sebab itu gerak kerja JPM, kita perlu tunjuk contoh terbaik kepada kementerian lain dan rakyat,” katanya pada pertemuan bersemuka julung kalinya dengan warga JPM, sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara kerana telah memastikan pelaksanaan petunjuk prestasi utama (KPI) 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Katanya lagi Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia akan dilaksanakan di seluruh negara bermula bulan depan.

“Kita ambil iktibar apa yang berlaku di KLCC dan memastikan ia tidak berulang di negeri-negeri.” kata Ismail Sabri.

Tambah beliau Warga JPM juga perlu menghayati dan mempromosikan konsep Keluarga Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...