Luar Bandar @ My LNA

KPLB dan kerajaan negeri Kelantan bersetuju untuk cepatkan proses pengambilan tanah bagi projek berkepentingan rakyat

95

KOTA BHARU, 25 Januari 2022 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan kerajaan negeri Kelantan hari ini bersetuju untuk mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi projek berkepentingan rakyat. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pengambilan tanah itu membabitkan projek dibawah agensi KPLB, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR.

“Saya bersama Datuk KSU dan juga Pengarah KPLB Negeri Kelantan dan Pengurus Besar KESEDAR membincangkan hal-hal berkaitan dengan kolaborasi kerjasama antara negeri dan Persekutuan yang melibatkan projek-projek khususnya di KESEDAR.

Contohnya ada pengambilan tanah, projek itu adalah projek Persekutuan bawah KPLB, kerajaan negeri buat pengambilan tanah, jadi kita buat kolaborasi Task force.” kata Mahdzir pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

“Kita pun bersetuju untuk mempercepatkan proses projek seperti jururunding dan sebagainya, di peringkat kementerian diketuai oleh Datuk Ramlan Harun sebagai KSU dan di peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, jadi ini memudahkan urusan.

Kami juga berbincang untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit lama di dalam kawasan KESEDAR, sebab di KESEDAR ada tanah yang diusahakan untuk membangunkan peserta-peserta khususnya dalam tanaman kelapa sawit dan ada lagi kita sedang usahakan untuk kita buat ukuran tanah untuk membolehkan kita serahkan kepada peserta dalam masa jangka panjang.” kata Mahdzir.

Tambah beliau diperingkat KPLB pasukan petugas khas yang ditubuhkan sebelum ini akan diperkemaskan sebagai susulan kepada persetujuan yang dicapai hari ini.

Beliau menetapkan sasaran dalam tempoh lima bulan untuk menggerakkan inisiatif yang dipersetujui tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UPSI hulur bantuan persekolahan, terajui pendidikan bitara bagi masyarakat orang asli

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi, Mohamad Naqiuddin & Nur Sabrina SLIM...

AMBelia & My LNABM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

KKDW peruntukkan sebanyak RM5.41 juta kepada Golongan Belia di Negeri Johor

JOHOR – Program Belia Desa Madani @KKDW yang diadakan pada Jumaat lepas...

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

Pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tanda sokongan negara terhadap resolusi UN

Bagi tahun 2023, tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia adalah ‘Belia Orang...