MARANG 25 Januari 2022 – Bagi mengurangkan kesesakan serta meningkatkan lagi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya khususnya di Marang, Terengganu, satu lagi projek untuk menaiktaraf jalan dan jambatan bernilai RM338.5 juta di Negeri Terengganu dilaksanakan.
Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan hari ini, dengan penaiktarafan jambatan itu, masalah kesesakan trafik di jalan sedia ada akan dapat diatasi dan dijangka akan dapat mengurangkan masa perjalanan sekurang-kurangnya 10 hingga 20 minit pada waktu puncak berbanding sebelum ini.
“Jambatan ini terletak di Laluan Persekutuan 3 yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang dan merentasi Sungai Marang. Pada masa sekarang, jambatan sedia ada yang dibina pada tahun 1960 ini tidak dapat menampung jumlah trafik yang semakin meningkat selain disebabkan oleh struktur jambatan yang sempit dan memberi kesan kesesakan di Bandar Marang dengan tahap perkhidmatan atau Level of Service (LOS) D.
Skop kerja yang akan dilaksanakan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 1.5 kilometer kepada empat (4) lorong dua (2) hala dengan piawaian R5, menaiktaraf dua (2) buah jambatan kepada empat (4) lorong dua (2) hala di Sungai Marang dan Sungai Rinting, membina jejambat dari persimpangan Bandar Marang merentasi Sungai Marang dan membina sistem perparitan di kiri dan kanan jalan. Projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh masa 42 bulan dan dijangka akan siap dan boleh digunakan sepenuhnya pada Oktober 2025.” kata KKR dalam kenyataan tersebut.
Tambah KKR, bot-bot nelayan terutamanya dari Zon C (12 hingga 30 batu nautika dari persisiran pantai) dan C2 (melebihi 30 batu nautika dari persisiran pantai) juga akan dapat menggunakan alternatif untuk pendaratan hasil di lokasi yang menyediakan kemudahan spesifikasi vessel tersebut seperti di Jeti Chendering dengan melalui laluan air di bawah jambatan itu.
Majlis pecah tanah dan serahan surat setuju terima Projek Menaiktaraf Jambatan Merentasi Sungai Marang disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof dan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment