Ekonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Dua program INSKEN bantu usahawan tingkatkan hasil jualan

139

24 Januari 2022 – Dua program bimbingan usahawan anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) berjaya membantu usahawan menyesuaikan diri serta meneruskan perniagaan dengan norma baharu. Program-program tersebut adalah INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).

Menurut INSKEN dalam satu kenyataan media semalam, sebanyak RM9.8 Juta peningkatan hasil jualan serta 256 pekerjaan baharu berjaya dicipta melalui program bimbingan komprehensif anjuran agensi ini yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

“INSKEN sentiasa konsisten menghulurkan bantuan berbentuk latihan serta bimbingan bagi memastikan usahawan dapat kekal bertahan ketika pandemik kini dapat menyaksikan usahawan mula menyesuaikan diri dengan norma baharu. Usahawan dilihat bukan sahaja mampu berdepan dengan norma baharu malah catatan hasil peningkatan jualan ini merupakan sebuah penanda aras yang amat baik.

Usahawan yang berjaya meningkatkan hasil jualan ini adalah bukti mereka mampu meneruskan perniagaan walaupun perlu mengamalkan norma baharu dan ia bukanlah penghalang untuk terus maju ke hadapan.” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dalam kenyataan tersebut.

Menurut INSKEN, seramai 295 peserta Program IBBC yang telah tamat bimbingan secara one-on-one selama 4 bulan merupakan usahawan daripada industri Postnatal Care, Café & Restaurant, Bakeri, Jualan Pasaraya, Jahitan dan Ecotourism. Kesemua peserta program ini yang telah dibimbing oleh pakar industri mencatat peningkatan jualan keseluruhan sebanyak RM9.2 Juta dan berjaya menawarkan 256 peluang pekerjaan baharu.

Manakala 170 peserta daripada 2 kohort Program E-Board telah dibimbing membuat pemasaran digital selama 4 bulan berjaya mencatat peningkatan hasil jualan melebihi RM560,000.00. Usahawan yang menyertai program ini berjaya membuat transformasi perniagaan ke arah digital dengan menggunakan platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp, Shopee, Lazada, Telegram dan YouTube.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Legacy Credit Muncul sebagai Pemegang Saham Besar dalam VCI Global

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Legacy Credit Sdn Bhd Legacy Credit Sdn Bhd (“Legacy Credit”...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...