Politik @ My LNA

PRN Johor : Bersatu Johor akan berbincang bersama PAS dan Gerakan

142

23 Januari 2022 – Susulan daripada pembubaran Dewan Negeri Johor yang telah mendapat perkenan daripada Baginda Tuanku Sultan bagi member laluan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk diadakan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Johor  akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci bersama Ketua-Ketua BERSATU Bahagian dan jentera pilihanraya negeri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Bersatu Negeri Johor Dato’ Dr. Sharuddin Jamal memaklumkan bahawa selain itu, pertemuan dan perbincangan bersama PAS dan GERAKAN selaku komponen dalam Perikatan Nasional (PN) Negeri Johor juga akan diadakan bagi tujuan yang sama.

“Sebagai sebuah parti berdaftar, BERSATU Negeri Johor sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara dan amalan demokrasi serta menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

BERSATU Negeri Johor sentiasa meletakkan sol kemaslahatan neger dan rakyat sebagai keutamaan sekaligus akan terus memberikan khidmat demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat Johor.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...