23 Januari 2022 – Susulan daripada pembubaran Dewan Negeri Johor yang telah mendapat perkenan daripada Baginda Tuanku Sultan bagi member laluan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk diadakan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Johor akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci bersama Ketua-Ketua BERSATU Bahagian dan jentera pilihanraya negeri.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Bersatu Negeri Johor Dato’ Dr. Sharuddin Jamal memaklumkan bahawa selain itu, pertemuan dan perbincangan bersama PAS dan GERAKAN selaku komponen dalam Perikatan Nasional (PN) Negeri Johor juga akan diadakan bagi tujuan yang sama.
“Sebagai sebuah parti berdaftar, BERSATU Negeri Johor sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara dan amalan demokrasi serta menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
BERSATU Negeri Johor sentiasa meletakkan sol kemaslahatan neger dan rakyat sebagai keutamaan sekaligus akan terus memberikan khidmat demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat Johor.” katanya.
Leave a comment