18 Januari 2022 – Susulan dari kes kejadian kematian orang kena tahan (OKT) dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 16 Januari 2022, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan pada 17 januari 2022.
Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dato’ Azri bin Ahmad dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, hasil bedah siasat tersebut mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian adalah paru-paru berair.
“Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Walau bagaimanapun, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS , Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan.” katanya.
Semalam Azri memaklumkan bahawa , pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah dimaklumkan berkenaan satu (1) kejadian kematian orang kena tahan (OKT) dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
OKT adalah seorang lelaki Melayu berumur 37 tahun, telah ditangkap di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
OKT telah direman selama empat (4) hari mulai 16 Januari 2022 sehingga 19 Januari 2022 di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan.
- PT. Eka Mas Republik (MyRepublic) Celebrates Double Recognition at ACES Awards
- Hong Kong’s premier ink art event UOB Art in Ink Festival returns this December, fostering art inclusivity
- Arbor Partners With Japanese Aomori Prefecture To Unveil A New Japanese-French Culinary Feast
- Beloved Disney ∙ Pixar Characters Come to Life as 10 FURRY NICE Collectible Furry Friend Sets at 7-Eleven
- Anglo-Chinese School Students Crowned as the Grand Winner of the Samsung Solve for Tomorrow 2024 Competition
Leave a comment