Jenayah

Punca kematian adalah paru-paru berair – PDRM

543

18 Januari 2022 – Susulan dari kes kejadian kematian orang kena tahan (OKT) dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 16 Januari 2022, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan pada 17 januari 2022.

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dato’ Azri bin Ahmad dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, hasil bedah siasat tersebut mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian adalah paru-paru berair.

“Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Walau bagaimanapun, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS , Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan.” katanya.

Semalam Azri memaklumkan bahawa , pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah dimaklumkan berkenaan satu (1) kejadian kematian orang kena tahan (OKT) dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

OKT adalah seorang lelaki Melayu berumur 37 tahun, telah ditangkap di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

OKT telah direman selama empat (4) hari mulai 16 Januari 2022 sehingga 19 Januari 2022 di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayah

Muat naik komen lucah di Facebook isu khatan bayi anak seorang doktor: Tiga individu dikompaun RM75,000

CYBERJAYA, 18 Julai 2024 – Seramai tiga individu telah dikenakan kompaun berjumlah...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM tumpaskan ‘GENG BROGA’

PUTRAJAYA, 9 Jun 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan...

BM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan premis pelacuran beroperasi lebih 30 tahun di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 25 Mei 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sebuah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...