Home LUAR BANDAR Jambatan Dengkil dibuka sepenuhnya, kerja pembaikan babitkan peruntukan RM800,000
LUAR BANDAR

Jambatan Dengkil dibuka sepenuhnya, kerja pembaikan babitkan peruntukan RM800,000

SEPANG 17 Januari 2022 – Jambatan Dengkil di FT31 (Jalan Banting – Semenyih), Seksyen 20.80, Daerah Sepang yang ditutup sejak 17 Disember 2021, berikutan hakisan embankment dan kerosakan lain akibat banjir kini dibuka sepenuhnya mulai semalam.

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, kerja pembaikan jambatan tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM800,000.00 dan dilaksanakan melalui Arahan Kerja (AK) kepada pihak Roadcare (M) Sdn. Bhd.

Ketika membuat tinjauan ke lokasi Jambatan Dengkil semalam, Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof memaklumkan bahawa kerosakan berbentuk sinkhole dikesan pada 15 Disember dan arahan penutupan dikeluarkan pada 17 Disember 2021.

“Menerusi pemantauan pihak JKR mendapati kerosakan dan hakisan semakin serius pada 20 Disember 2021 disebabkan aliran arus Sungai Langat telah menyebabkan approach road jambatan runtuh.

Sepanjang penutupan jambatan tersebut, orang awam menggunakan laluan alternatif iaitu dari FT248 Bukit Changgang ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan FT214 ke Jenderam/Putrajaya/Cyberjaya. Jambatan ini merupakan salah satu daripada 994 lokasi (jalan raya) terkesan banjir yang berlaku membabitkan sembilan (9) buah Negeri sejak Disember lalu.” kata KKR.

Tambah KKR, Skop Kerja pembaikan hakisan tanah di jambatan tersebut merangkumi:
1) Pemasangan Cerucuk Keping
2) Pemasangan Plat Keluli
3) Pemasangan “Capping Beam”
4) Pengambusan Pasir(Backfilling)
5) Pemasangan “Bracing”
6) Pembinaan Semula pavemen
7) Pembinaan Bahu Jalan.

“Jabatan Kerja Raya akan meneruskan kerja-kerja pengukuhan cerun dan tebing Sungai Langat dalam Fasa Kedua bagi mengelakkan hakisan jalan tuju ini berulang dalam jangka panjang. Kerja-kerja di bahagian tebing sungai ini dijangka tidak mengganggu laluan lalulintas di atas jambatan ini.

Sehingga kini daripada 994 lokasi infra terjejas, sebanyak 943 lokasi telah dibersihkan dan baki 51 lokasi masih di dalam tindakan JKR Negeri yang terlibat. Kerja-kerja forensik serta baik pulih akan terus giat dilaksanakan menerusi Jabatan Kerja Raya dalam usaha pemulihan infra pasca banjir Kementerian Kerja Raya.” kata KKR.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

RM183 Juta Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA 2022

Jelebu, 6 April 2023 – Lebih 70,000 warga peserta FELCRA Berhad menerima...

AMHighlightsKebajikanLUAR BANDARMY LNA

KKDW anjur Majlis Santunan Kasih Ramadan

GOMBAK SELANGOR 24 Mac 2023 – Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian...

HighlightsLUAR BANDARMY LNAniaga

KKDW Peruntuk 1.7 Juta Bagi Pelaksanaan Program Pendigitalan Usahawan Desa

PUTRAJAYA, 14 Februari 2023– Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM...

AMLUAR BANDARMY LNAPendidikan

Pemerkasaan TVET antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB

PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan...