Luar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNA

AKADEMI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEMAS BAKAL BEROPERASI PENGHUJUNG TAHUN 2024

172

KUANTAN 17 JANUARI 2022 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan menaiktaraf Institut Latihan KEMAS Kuantan menjadi Akademi Kecemerlangan Pendidikan Awal Kanak-kanak menjelang penghujung tahun 2024.

Dengan kos keseluruhan mencecah RM 49 juta yang diluluskan akan menjadikan Akademi ini sebagai institusi yang bakal melahirkan Pendidik Masyarakat TABIKA dan TASKA KEMAS yang lebih berkualiti khususnya dalam bidang Pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut Dato’ Ramlan bin Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Akademi ini akan memberi fokus kepada menaiktaraf kualiti pendidikan Pendidik Masyarakat TABIKA dan TASKA KEMAS selaras dengan hasrat Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk memastikan Pendidik Masyarakat memiliki ijazah dalam bidang
Pendidikan awal kanak-kanak.

“Selain itu juga, akademik ini diharap mampu untuk membina modul pengajaran yang berkualiti selaras dengan peredaran semasa yang memerlukan kepakaran dalam aspek teknologi terkini dan penyediakan latihan bagi mengakreditasi guru-guru TABIKA dan TASKA KEMAS serta pengusaha tadika dan taska swasta”, ujar beliau lagi.

Menerusi akademi tersebut, sebanyak 5 pusat kecemerlangan yang akan diwujudkan iaitu Pusat Kecemerlangan Pendidik, Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak, Pusat Kecemerlangan Ibubapa, Pusat Kesihatan dan Pemakanan dan Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomesilan.

“Akademi ini akan jadi pusat kecemerlangan kepada semua aktiviti yang melibatkan Pendidikan awal kanak-kanak seperti latihan untuk para pendidik, pusat penggubalan modul selain penglibatan ibu bapa memandangkan penglibatan ibu bapa adalah elemen penting dalam pendidikan awal kanak-kanak”, ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian setelah menyampaikan sijil penghargaan kepada Skuad KEMAS Prihatin atau Sukarelawan KEMAS yang membantu misi bantuan banjir yang melanda negeri Pahang baru-baru ini. Turut hadir Dato’ Mohamad Yasid Bidin Ketua Pengarah KEMAS Malaysia.

“Projek ini sudah bermula dan status terkini adalah untuk melantik perunding dan projek dijangka siap selewat-lewatnya pada tahun 2024”, katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Etika didik hibur menggunakan media sosial di sekolah

Oleh: Dr. Abd. Aziz Rekan, Hafeezur-Rahman Awel Didik hibur adalah pedagogi yang...

AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPendidikan @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

PPKI SMK Kota Masai ‘Raja’ Merentas Desa Pendidikan Khas Pasir Gudang 

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi dan Abdul Muiz Ab Rahman  PASIR GUDANG – PPKI SMK Kota Masai dinobatkan sebagai Juara  Keseluruhan...