Home AM Lorong RFID : Fadillah mahu pihak terbabit selesaikan masalah
AMz10

Lorong RFID : Fadillah mahu pihak terbabit selesaikan masalah

SEPANG 17 Januari 2022 – Berhubung isu kesesakan di lorong tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi PLUS, Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof mahu pihak PLUS dan Touch ‘n Go sebagai pembekal RFID supaya menyelesaikan secepat mungkin masalah kesesakan yang dihadapi oleh pengguna lebuhraya di plaza tol.

Menurut Fadillah, RFID sudah dilaksanakan di dalam kawasan bandar, dan ketika ini PLUS telah mula melaksanakan diperingkat Lebuh Raya Utara Selatan. SmartTag dan kad Touch ‘n Go masih boleh digunakan malah penggunaan RFID bukanlah wajib dan ia terserah kepada orang ramai samada untuk menggunakannya atau tidak.

“Saya memberi jaminan kepada orang ramai bahawa di peringkat Kementerian, kita akan memantau dan memastikan bahawa pihak PLUS dan juga Touch ‘n Go dapat menyelesaikan apa saja isu yang berhubung kait dengan penggunaan lorong RFID itu.

Bukan saja RFID malahan SmartTag dan sebagainya supaya aduan dari orang ramai diambil serius.” kata Fadillah dalam sidang media selepas meninjau pembukaan Jambatan Dengkil di FT31 (Jalan Banting – Semenyih) hari ini.

Tambah beliau, pihak terbabit perlu menyelesaikan segera semua permasalahan supaya ianya tidak menyusahkan, malahan akan memberi kemudahan dan kesenangan kepada pengguna jalan raya terutama untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas ataupun kesesakan di pondok tol di seluruh negara.

Projek rintis RFID bagi sistem tertutup di Lebuhraya PLUS telah dilaksanakan di jajaran Hutan Kampong – Sungai Dua bermula 22 Julai 2020 sehingga 30 Oktober 2021. Manakala, pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) telah dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula jam 10 malam pada 15 Januari 2022.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

‘AQUAMAN’ MARITIM MALAYSIA PENYELAMAT SAR

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Mungkin ada yang mengenali watak Aquaman lakonan...

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

DEMONSTRASI DAN PAMERAN MARITIM MALAYSIA MERIAHKANHARI TERAKHIR LIMA’23

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Sebanyak 39 aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

AMEkonomiHighlightsMY LNAniagaPertanian

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan...

AMHari MalaysiaHighlightsMerdekaMY LNA

Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

Tonton secara langsung Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia...