SELANGOR, 24 Disember 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan terus mempergiatkan misi bantuan banjir di sekitar daerah Kuala Langat. Ia merupakan kesinambungan inisiatif MOTAC yang telah digerakkan bermula 22 Disember 2021 lalu bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bagi mereka yang terjejas di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Misi ini mendapat kerjasama daripada dua persatuan hotel di negeri Selangor iaitu Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Budget Hotel Malaysia (MyBHA). MOTAC yang diketuai oleh Norazman Othman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) telah menyampaikan bantuan kepada Encik Mohd Jusni Hashim, Pegawai Daerah Kuala Langat untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah tersebut.
Misi penyerahan bantuan kepada mangsa banjir ini melibatkan 92 keluarga. Penyerahan bantuan diadakan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor. MOTAC melalui pasukan sukarelawan Voluntourism turut turun padang dalam membantu menjalankan kerja pembersihan di dua buah rumah dan satu balai raya di Kebun Baru, Telok Panglima Garang yang terjejas dengan banjir. Seramai 16 sukarelawan Voluntourism dalam kalangan warga kerja MOTAC telah menggembeleng tenaga bagi melakukan kerja-kerja pembersihan tersebut.
Lawatan ke sekitar Pantai Morib dan Pantai Batu Laut serta lawatan ke Taman Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang juga merupakan salah satu lokasi pelancongan setempat yang teruk terjejas susulan banjir yang melanda kawasan tersebut. Tinjauan yang dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana kerosakan yang berlaku bagi membolehkan sejumlah peruntukkan dapat disalurkan untuk menampung kos pembaikan.
MOTAC akan terus membantu Keluarga Malaysia yang terjejas dengan bencana banjir yang melanda seluruh negara dengan komitmen yang diberikan oleh para sukarelawan dan juga penggiat industri. Bantuan seumpama ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberikan sokongan kepada keluarga yang terlibat untuk terus bangkit dalam meneruskan rutin harian pasca banjir.
- “Miss Madeline,” a New Liquid Barge from Perdue Farms, Sets Sail on a More Sustainable Supply Chain
- Canon U.S.A. Senior Vice President Amy Newman Wins 2024 HERALD Top Chief Officers of Long Island Award
- Gate Ventures welcomes Laura K. Inamedinova as Principal, establishing fund’s strategic presence in the MENA region
- Capitalize Announcing Prop Trading with One-Step Evaluation Program for Aspiring Traders
- ECCO Ankle Boots: The Winter Style Staple Spotted on Maddie Ziegler and Poppy Delevingne
Leave a comment