Home Kenyataan Media MOTAC pergiatkan misi bantuan pasca banjir di Selangor
Kenyataan Media

MOTAC pergiatkan misi bantuan pasca banjir di Selangor

SELANGOR, 24 Disember 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan terus mempergiatkan misi bantuan banjir di sekitar daerah Kuala Langat. Ia merupakan kesinambungan inisiatif MOTAC yang telah digerakkan bermula 22 Disember 2021 lalu bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bagi mereka yang terjejas di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Misi ini mendapat kerjasama daripada dua persatuan hotel di negeri Selangor iaitu Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Budget Hotel Malaysia (MyBHA). MOTAC yang diketuai oleh Norazman Othman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) telah menyampaikan bantuan kepada Encik Mohd Jusni Hashim, Pegawai Daerah Kuala Langat untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah tersebut.

Misi penyerahan bantuan kepada mangsa banjir ini melibatkan 92 keluarga. Penyerahan bantuan diadakan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor. MOTAC melalui pasukan sukarelawan Voluntourism turut turun padang dalam membantu menjalankan kerja pembersihan di dua buah rumah dan satu balai raya di Kebun Baru, Telok Panglima Garang yang terjejas dengan banjir. Seramai 16 sukarelawan Voluntourism dalam kalangan warga kerja MOTAC telah menggembeleng tenaga bagi melakukan kerja-kerja pembersihan tersebut.

Lawatan ke sekitar Pantai Morib dan Pantai Batu Laut serta lawatan ke Taman Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang juga merupakan salah satu lokasi pelancongan setempat yang teruk terjejas susulan banjir yang melanda kawasan tersebut. Tinjauan yang dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana kerosakan yang berlaku bagi membolehkan sejumlah peruntukkan dapat disalurkan untuk menampung kos pembaikan.

MOTAC akan terus membantu Keluarga Malaysia yang terjejas dengan bencana banjir yang melanda seluruh negara dengan komitmen yang diberikan oleh para sukarelawan dan juga penggiat industri. Bantuan seumpama ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberikan sokongan kepada keluarga yang terlibat  untuk terus bangkit dalam meneruskan rutin harian pasca banjir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...