KUALA LUMPUR, 24 Disember 2021 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi Penggal 3, 2021/2022 ditangguhkan selama seminggu akibat kesan banjir besar melanda negara. Tarikh baharu sesi persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 9 Januari 2022 bagi sekolah Kumpulan A dan pada 10 Januari 2022 bagi sekolah Kumpulan B
Terdapat 475 buah institusi pendidikan di seluruh negara dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ditenggelami air.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata dalam satu video kenyataannya, “KPM sentiasa prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru, murid dan ibu bapa yang terkesan akibat banjir.”
Ketetapan penangguhan ini melibatkan semua institusi pendidikan bawah KPM dan semua sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum kebangsaan. Manakala, pengoperasian bagi sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat adalah mengikut kalendar persekolahan masing-masing. Bagi tadika yang berdaftar bawah KPM, pengoperasian dibenarkan mulai 2 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 3 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan B.
Institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini adalah merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institute pendidikan guru. KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment