Kenyataan Media

MOTAC pergiatkan misi bantuan pasca banjir di Selangor

241

Selangor, 24 Disember 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan terus mempergiatkan misi bantuan banjir di sekitar daerah Kuala Langat. Ia merupakan kesinambungan inisiatif MOTAC yang telah digerakkan bermula 22 Disember 2021 lalu bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bagi mereka yang terjejas di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Misi ini mendapat kerjasama daripada dua persatuan hotel di negeri Selangor iaitu Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Budget Hotel Malaysia (MyBHA). MOTAC yang diketuai oleh Norazman Othman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) telah menyampaikan bantuan kepada Encik Mohd Jusni Hashim, Pegawai Daerah Kuala Langat untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah tersebut.

Misi penyerahan bantuan kepada mangsa banjir ini melibatkan 92 keluarga. Penyerahan bantuan diadakan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor. MOTAC melalui pasukan sukarelawan Voluntourism turut turun padang dalam membantu menjalankan kerja pembersihan di dua buah rumah dan satu balai raya di Kebun Baru, Telok Panglima Garang yang terjejas dengan banjir. Seramai 16 sukarelawan Voluntourism dalam kalangan warga kerja MOTAC telah menggembeleng tenaga bagi melakukan kerja-kerja pembersihan tersebut.

Lawatan ke sekitar Pantai Morib dan Pantai Batu Laut serta lawatan ke Taman Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang juga merupakan salah satu lokasi pelancongan setempat yang teruk terjejas susulan banjir yang melanda kawasan tersebut. Tinjauan yang dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana kerosakan yang berlaku bagi membolehkan sejumlah peruntukkan dapat disalurkan untuk menampung kos pembaikan. MOTAC akan terus membantu Keluarga Malaysia yang terjejas dengan bencana banjir yang melanda seluruh negara dengan komitmen yang diberikan oleh para sukarelawan dan juga penggiat industri. Bantuan seumpama ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberikan sokongan kepada keluarga yang terlibat  untuk terus bangkit dalam meneruskan rutin harian pasca banjir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Photo: YouTube screenshot
Kenyataan Media

Conservative Christians freak out over cute ad featuring a lesbian couple

You need to be logged in to view this content. Please Log...