AM

MYSA salurkan maklumat dan analisis imej satelit kepada agensi-agensi pengurusan banjir negara

452

PUTRAJAYA 20 Disember 2021 – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) secara berterusan menyediakan imej satelit di kawasan-kawasan yang dilanda banjir di seluruh negara menerusi penyaluran maklumat dan analisis imej-imej satelit secara atas talian yang boleh diakses agensi-agensi yang terlibat dengan pengurusan banjir negara.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui satu siaran media yang diedarkan hari ini, sistem atas talian yang dimaksudkan adalah Sistem Maklumat dan Logistik Banjir berteraskan Teknologi Angkasa, Sistem Maklumat Geografi, Sistem Penentududukan Global dan ICT yang telah dibangun serta dioperasikan dengan usahasama Pusat Kawalan Bencana Negara di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Rajah 1: Cerapan imej satelit PLEIADES sebelum banjir di Seksyen 24, Shah Alam, Selangor
Rajah 2: Cerapan imej satelit PLEIADES semasa banjir di Seksyen 24, Shah Alam, Selangor

“Sebagaimana yang kita sedia maklum, beberapa kawasan di Selangor terjejas teruk akibat banjir. Sebagai contoh di Seksyen 24, Shah Alam, Selangor, cerapan imej satelit menunjukkan keadaan sebelum banjir dan keadaan ketika kawasan ini dilanda banjir. Hasil cerapan imej satelit menunjukkan keluasan litupan banjir adalah kira-kira 5.1 kilometer persegi di Seksyen 24, Shah Alam. Ini adalah contoh maklumat yang boleh diperolehi agensi-agensi pengurusan bencana yang diberi akses secara atas talian oleh MYSA untuk kegunaan pemulihan pasca banjir.

Usaha ini telah dilakukan secara berterusan bermula bulan Jun 2021 sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh sehinggalah ke hari ini bagi membantu persediaan agensi-agensi pengurusan bencana termasuk menyalurkan maklumat kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk merancang persediaan serta memantau bencana.

Selain itu, antara tindakan lain yang diambil MYSA termasuklah menyediakan imej satelit sebelum dan selepas bencana bagi tujuan perancangan, pemantauan dan mitigasi serta memberi analisis pasca bencana (post disaster) bagi kawasan terlibat menerusi analisis terperinci dengan mengenalpasti kerosakan. Selain imej satelit, pasukan dron khas MYSA juga turut digerakkan untuk memantau kawasan banjir dan mengumpul maklumat serta imej dengan kebenaran.” kata MOSTI.

Tambah MOSTI, MYSA secara terus-menerus mendapatkan imej-imej satelit terkini berkaitan bencana. Katanya lagi, MYSA komited untuk terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang memerlukan maklumat cerapan imej satelit khususnya bagi usaha pemulihan bencana banjir.

“Untuk rekod, MYSA melaksanakan peranan dalam pengurusan bencana negara seperti banjir, tanah runtuh dan kebakaran hutan iaitu selaras dengan Pelan Tindakan Operasi Pengendalian Bencana di bawah Arahan MKN20.” kata MOSTI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...