Home Video [VIDEO] MYSA salurkan maklumat dan analisis imej satelit kepada agensi-agensi pengurusan banjir negara
Video

[VIDEO] MYSA salurkan maklumat dan analisis imej satelit kepada agensi-agensi pengurusan banjir negara

PUTRAJAYA 20 Disember 2021 – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) secara berterusan menyediakan imej satelit di kawasan-kawasan yang dilanda banjir di seluruh negara menerusi penyaluran maklumat dan analisis imej-imej satelit secara atas talian yang boleh diakses agensi-agensi yang terlibat dengan pengurusan banjir negara.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui satu siaran media yang diedarkan hari ini, sistem atas talian yang dimaksudkan adalah Sistem Maklumat dan Logistik Banjir berteraskan Teknologi Angkasa, Sistem Maklumat Geografi, Sistem Penentududukan Global dan ICT yang telah dibangun serta dioperasikan dengan usahasama Pusat Kawalan Bencana Negara di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles