Home AM Penduduk Kampung Bangi Lama terima sumbangan dari KPLB
AMLUAR BANDAR

Penduduk Kampung Bangi Lama terima sumbangan dari KPLB

KAJANG, 20 Disember 2021 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyumbang kit makanan dan peralatan kebersihan bernilai RM100 untuk setiap keluarga di Kampung Bangi Lama hari ini. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata bahawa kit berkenaan antara bantuan segera yang disalurkan oleh KPLB kepada penduduk kategori luar bandar yang terjejas akibat bencana banjir.

“Kita amat bersimpati dengan situasi yang dialami oleh penduduk yang dilanda banjir besar di Lembah Klang tahun ini.

Justeru KPLB mengambil inisiatif untuk sekurang-kurangnya meringankan sedikit beban dengan menyalurkan bantuan segera dan bantuan selanjut akan kita beri mengikut keperluan selepas penilaian menyeluruh dilaksanakan pasca banjir ini nanti.” kata Mahdzir dalam satu sidang media ketika meninjau situasi semasa kawasan bencana banjir di Kampung Bangi Lama di sini hari ini.

Dalam kejadian banjir tersebut, sejumlah 230 keluarga di kampung berkenaan terjejas teruk.

Tambah Mahdzir, KPLB turut menggerakkan sukarelawan di bawah agensi KPLB negeri ke lokasi-lokasi banjir di seluruh negara. Katanya, KPLB juga akan membaik pulih kerosakan kemudahan insfrastruktur seperti jalan kampung dan juga ameniti sosial yang terjejas pasca banjir nanti.

“Banyak kerosakan yang akan dibaiki oleh Kementerian di kawasan seperti di Kampung Bangi Lama ini seperti jalan kampung dan longkang-longkang kecil melalui Projek Ameniti Sosial,” ujar Mahdzir.

Terdahulu beliau diberi taklimat oleh Ketua Kampung Bangi, Rasidin Md Yusoff berkenaan situasi semasa dan keadaan penduduk kampung yang terjejas akibat banjir berkenaan. Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Pengarah KPLB Selangor/Wilayah Persekutuan, Abdul Malik Othman.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

‘AQUAMAN’ MARITIM MALAYSIA PENYELAMAT SAR

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Mungkin ada yang mengenali watak Aquaman lakonan...

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

DEMONSTRASI DAN PAMERAN MARITIM MALAYSIA MERIAHKANHARI TERAKHIR LIMA’23

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Sebanyak 39 aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

AMEkonomiHighlightsMY LNAniagaPertanian

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan...

AMHari MalaysiaHighlightsMerdekaMY LNA

Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

Tonton secara langsung Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia...