16 DISEMBER 2021 – Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, vaksin CoronaVac keluaran Sinovac dan
vaksin AstraZeneca untuk digunakan sebagai dos penggalak. Lalu pihak Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) telah mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas.
Menurut Khairy melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), melalui Strategic Advisory Group of Experts on Immunisation (SAGE) telah mencadangkan agar semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berumur 60 tahun dan ke atas (tanpa mengira jenis vaksin siri primer) perlu mengambil dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.
Katanya, cadangan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 – Booster (CITF-B) pada 8 Disember 2021.
“Sehubungan itu, individu dalam kumpulan yang dinyatakan di atas – semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berumur 60 tahun dan ke atas (tanpa mengira jenis vaksin siri primer) – perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada bulan Februari 2022.
Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap dan individu tersebut tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.” jelas Khairy.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment