KUALA LUMPUR 14 DISEMBER 2021 – Industri kreatif yang merangkumi Multimedia, Seni Budaya dan Warisan telah menjadi semakin penting, bukan sahaja sebagai sumber hiburan dan pembangunan budaya semata-mata, malah berpotensi besar untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, Kerajaan di bawah Rancangan
Malaysia Ke-12 (RMKe-12) telah mengiktiraf industri kreatif sebagai salah satu industri strategik dan berimpak tinggi yang akan diberikan tumpuan khusus.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Musa di dalam ucapannya ketika menutup secara rasmi program Art In The City (AITC) 2021 semalam, Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengiktiraf kepentingan peranan seni dan budaya untuk negara, bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi juga perspektif kemanusiaan.
“Pemulihan dan pembinaan semula aktiviti seni budaya secara tidak langsung akan ‘mengubati’ jiwa negara dan Keluarga Malaysia yang terkesan dengan pelbagai cabaran susulan pandemik COVID-19.
Sehubungan itu, KKMM mempelawa komuniti seni untuk bekerjasama dengan Kementerian melalui Pasukan Petugas Kreatif bagi mewujudkan ekosistem yang sistematik supaya industri kreatif negara dapat terus berkembang luas” katanya.
Penganjuran edisi ketiga AITC 2021 di bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) juga merupakan acara tahunan CENDANA telah mencapai kejayaan signifikan meskipun terpaksa beradaptasi dengan norma baharu, dengan sokongan, kerjasama, dan komitmen daripada 54 rakan usaha sama yang terlibat.
AITC 2021 menampilkan pelbagai inisiatif seperti penganjuran Forum Ekonomi Kreatif Kuala Lumpur, pengenalan Studio C di Pameran Seni Hotel CIMB, Kelas Seni Terbuka, bengkel Potongan Cukai Korporat, pelancaran kerjasama TripART, festival KLWKND, instalasi cahaya The Light Project, SENSORii, Simposium NCC50 dan banyak lagi pembangunan industri seni budaya demi memacu taraf ekonomi komuniti tempatan.
- PT. Eka Mas Republik (MyRepublic) Celebrates Double Recognition at ACES Awards
- Hong Kong’s premier ink art event UOB Art in Ink Festival returns this December, fostering art inclusivity
- Arbor Partners With Japanese Aomori Prefecture To Unveil A New Japanese-French Culinary Feast
- Beloved Disney ∙ Pixar Characters Come to Life as 10 FURRY NICE Collectible Furry Friend Sets at 7-Eleven
- Anglo-Chinese School Students Crowned as the Grand Winner of the Samsung Solve for Tomorrow 2024 Competition
Leave a comment