Home Pendidikan MARA TAMATKAN PENGAJIAN 10 PELAJAR MRSM YANG TERLIBAT KES BULI
Pendidikanz10

MARA TAMATKAN PENGAJIAN 10 PELAJAR MRSM YANG TERLIBAT KES BULI

KUALA LUMPUR 14 DISEMBER 2021 – Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara, MRSM yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli yang tular baru-baru ini.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa hari ini.

“Pihak MARA mengambil serius kejadian buli yang berlaku minggu lalu itu dan hukuman yang telah diputuskan ini menunjukkan pihak kita tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli dalam kalangan pelajar-pelajar di bawah mana-mana Institusi Pendidikan MARA, IPMA mahupun tajaan MARA.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

Menurut Azhar, ibu bapa pelajar terlibat telah dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.

Keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.

“Keputusan ini kita harap ianya bukan sahaja menjadi satu pengajaran kepada pelajar yang terlibat, tetapi juga kepada pelajar-pelajar yang lain agar tidak berlaku lagi perbuatan salah laku di mana-mana institusi pendidikan di bawah MARA.

Kita di MARA tentunya hendak melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu pengetahuan tetapi juga mempunyai sahsiah diri dan tingkah laku peribadi yang baik dan diterima oleh masyarakat.”

Pihak MARA tegas Azhar, komited dalam menangani kes-kes buli dengan memperketatkan prosedur operasi standard, SOP, melalui penguatkuasaan peraturan sekolah.

Selain melaksanakan pemantauan secara berterusan segala aktiviti pelajar termasuk proses pembelajaran di dalam kelas bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

HighlightsMY LNAPendapatPendidikan

Tiada lambakan jika mahu pandang ke hadapan

Oleh: Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail Saya teruja untuk memberi respon kepada...

HighlightsKajian SosialMY LNAPendapatPendidikan

Cabaran membaca di era ‘gangguan’

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Frank Swettenham dalam bukunya Malay...

HighlightsMY LNAPendidikan

KPM teliti cadangan kembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari

24 Mei 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti cadangan untuk...