CYBERJAYA 13 Disember 2021 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba pada hari ini telah merasmikan Green Computing Awards 2021 bertempat di Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). Ia merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensi di bawahnya MIGHT yang menunjukkan komitmen mendalam terhadap inisiatif pengkomputeran hijau.
Di dalam majlis penganugerahan ini terdapat lapan kategori yang dipertandingkan antaranya Sistem Elektrikal Terbaik, Kejuruteraan Sistem Terbaik, Kawalan Alam Sekitar Terbaik, Kawalselia dan Pelaporan Terbaik, Kebolehskalaan dan Daya tahan Terbaik, Pengurusan Terbaik, Anugerah Advokasi Industri dan Terbaik antara yang Terbaik.
Sebelum itu Dr. Adham juga telah merasmikan serta melancarkan pusat Greendata, Edgibility Cyberjaya 1 (ECJ1). Menurut beliau, pusat data ini menampilkan teknologi di mana semua server ditenggelamkan di dalam bahan penyejuk dalam usaha memenuhi keperluan kawalaan suhu dan pengurangan tenaga elektrik. ECJ1 adalah satu-satunya pusat data yang mempunyai pensijilan tahap titanium untuk kemudahan pengkomputeran karbon rendah di Asia Pasifik dan Timur Tengah.
Teknologi ini merupakan hasil daripada program Dana Newton-Ungku Omar juga diwujudkan oleh kerajaan United Kingdom dan Malaysia. Pengkomputeran hijau ini telah membolehkan pengurangan kos tenaga sebanyak 60% beserta pengurangan jejak karbon.
- Sistem CIPM MCMC raih anugerah
- MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah
- Verizon supports Texas and Louisiana communities affected by recent storms
- Shareholders of UnitedHealth Group Inc. Should Contact Levi & Korsinsky Before July 15, 2024 to Discuss Your Rights – UNH
- Roofer911 Sets New Standards in the Construction Industry with Comprehensive Roofing Services
Leave a comment