Home Kenyataan Media PERUNTUKAN RM10 JUTA BAGI PEMBINAAN GIATMARA LIMBANG
Kenyataan Media

PERUNTUKAN RM10 JUTA BAGI PEMBINAAN GIATMARA LIMBANG

LIMBANG, 13 Dis – Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, terus memperkasakan bidang pendidikan Teknikal dan Vokasional, TVET, menerusi pembinaan GIATMARA terbaharu di Limbang, Sarawak.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, RM10 juta diperuntukkan untuk projek tersebut di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Tahun Ke-4.

“Sudah tiba masanya untuk GIATMARA Limbang beroperasi di bangunan sendiri bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.

Kita juga mahu para pelatih menjalani proses pembelajaran dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan GIATMARA Limbang di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah yang juga Ahli Parlimen Limbang, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Jelas Mahdzir, peruntukan tersebut termasuk kos pembinaan bangunan baharu, pembelian peralatan serta perabot dan keperluan operasi.

Projek pembinaan GIATMARA Limbang dijangka siap pada bulan Ogos 2023.

Sebelum ini, GIATMARA Limbang beroperasi di Bangunan Pejabat Residen Lama Limbang bermula sejak tahun 2011.

Pusat TVET itu menawarkan kursus Teknologi Fabrikasi dan Kimpalan Logam, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Jahitan serta kursus baharu Solekan dan Terapi Kecantikan.

Sehingga kini, terdapat 30 buah pusat GIATMARA di wilayah Sarawak yang sedang beroperasi.

Bagi tahun 2021, sejumlah 750 pelatih sedang mengikuti latihan dalam pelbagai bidang pilihan masing-masing.

Untuk pengambilan sesi tahun 2022, GIATMARA akan menawarkan tempat kepada 700 pelajar bagi seluruh Sarawak.

GIATMARA di wilayah Sarawak terletak di tiga lokasi yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Bandar, Separa Bandar dan Luar Bandar dengan masing-masing mempunyai 10 buah premis.

“GIATMARA adalah Institusi Pendidikan yang menyediakan latihan kemahiran dan vokasional kepada penduduk setempat di peringkat sijil, kursus yang dijalankan pula adalah dalam jangka masa pendek iaitu dari 6 bulan hingga 24 bulan,” kata Mahdzir.

Pada majlis sama, Mahdzir turut menyampaikan watikah dan bakul makanan kepada 19 penerima bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Bina Baharu, 20 penerima Program Peningkatan Pendapatan (PPP-KPLB) dan penyampaian Sijil Tamat Latihan kepada 50 peserta Program Long Life Learning (3L) daerah Limbang.

Turut diraikan, 15 pelajar B40 yang menerima Alat Bantu Pembelajaran Alat Peranti Elektronik sumbangan Yayasan Pelajaran MARA, YPM dan 15 penerima sumbangan Wang Tunai serta Bakul Makanan di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat, Rural Capital Berhad.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...