KUALA LUMPUR 5 November 2021 – Susulan kegagalan hadir pertuduhan kes fitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown disenarai sebagai individu dikehendaki oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan menerusi satu siaran media yang diedarkan semalam, pemakluman tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 500 susulan waran tangkap oleh Mahkamah Majistret Terengganu pada 23 September.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini (Clare brown @ Clare Rewcastle Brown diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Supt. Junainah binti M. Kasbolah di talian 019-7051222 atau pegawai penyiasat kes, ASP Mohd Khairul Ridzuan bin Khiruddin di talian 017-6404440.
Penama dikehendaki bersabit Waran Tangkap eTA3507737 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Terengganu pada 23 september 2021 berikutan kegagalan untuk hadir pertuduhan kes fitnah terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.” kata Abd Jalil.
- VinFast officially launches in the Philippine market
- Haier Cup Seeks the Next Badminton Champion
- Molex Combines High-Speed Data, Signal and Power in MX-DaSH Data-Signal Hybrid Connector Portfolio to Optimize Next-Gen Automotive Architectures
- Dr Koh Hong Yi from TSN Dermatology Skin Specialist Clinic Joins the Largest Eczema Gathering in Singapore
- Jumbo Gold and Diamonds Announces Strategic Shift to Retail
Leave a comment