Kenyataan Media

KLN raikan penjawat awam cemerlang

94

PUTRAJAYA 5 November 2021 – Seramai 113 orang penjawat awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di sepanjang tahun 2020 dan 31 orang penjawat awam yang telah bersara wajib di antara bulan November 2020 hingga September 2021 diraikan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 dan Jasamu Dikenang 2021 Kementerian Luar Negeri (KLN) semalam.

Menurut KLN di dalam siaran akhbar yang dikeluarkan semalam, kesemua penerima yang diraikan tersebut merangkumi penjawat-penjawat awam yang terdiri daripada pelbagai gred dan skim perkhidmatan, bukan sahaja di peringkat Ibu Pejabat, malah turut merangkumi mereka yang bertugas di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), serta pejabat-pejabat perwakilan di luar negara.

“Kementerian mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Semoga kejayaan mereka menjadi pembakar semangat kepada semua penjawat awam di Kementerian ini untuk terus menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam memberikan khidmat yang terbaik.

Bagi para pesara pula, Kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka khususnya di Kementerian Luar Negeri.” kata KLN.

Acara tahunan ini telah disempurnakan oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah yang turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan serta warga Kementerian Luar Negeri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...