14 Oktober 2021- Kerajaan Malaysia pada hari ini telah memuktamadkan Nota Pertukaran (Exchange of Notes) dengan Kerajaan Palestin bagi sumbangan RM 5 juta untuk pembinaan semula Klinik Al-Rimal.
Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata sumbangan ini mencerminkan sokongan teguh Kerajaan Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Palestin.
“Klinik tersebut menempatkan makmal pengujian COVID-19 di Gaza yang telah musnah akibat serangan Israel pada bulan Mei 2021.
“Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah memusnahkan infrastruktur awam di Gaza, termasuk fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan kritikal kepada rakyat Palestin semasa pandemik COVID-19,” jelasnya.
Ujarnya, Kerajaan Malaysia juga memutuskan untuk membuat sumbangan berjadual secara jangka panjang kepada United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA).
“Ia bagi menyokong usaha-usaha agensi berkenaan dalam memberikan bantuan kepada rakyat Palestin.
“Kerajaan telah memperuntukkan USD 1 juta. Sumbangan ini akan disalurkan secara tahunan iaitu sebanyak USD200,000 setiap tahun bagi tempoh lima tahun dari 2021 sehingga 2025.
“Sumbangan-sumbangan daripada Kerajaan ini melengkapi usaha dan bantuankemanusiaan dari Malaysia, termasuk yang dilaksanakan oleh sektor swasta, badanbadan bukan Kerajaan (NGOs), serta individu-individu perseorangan,” katanya.
Sumbangan tersebut menggunakan peruntukan daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantua Bencana Negara (KWABBN) di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri.
Nota Pertukaran ini telah ditandatangani oleh Saifuddin dan Tuan Yang Terutama Walid Abu Ali, Duta Besar Palestin ke Malaysia.
- M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill
- Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah
- Syngenta extends leadership in fungicides with ADEPIDYN® technology
- Hongkong Land’s Entire Central Portfolio Achieves LEED Platinum Rating, Representing 27% of all LEED EBOM Platinum-Certified Buildings in Hong Kong
- Crayon appointed an authorized Cloud Commerce Manager for Broadcom in Asia Pacific
Leave a comment