PETALING JAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kesal Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mengiktiraf pengecualian bayaran faedah bagi moratorium pinjaman bank bayaran faedah kepada kumpulan lima puluh peratus terbawah (B50) daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk tempoh tiga bulan sebagai pendirian konsisten PH yang dilaksana dalam Perkara-Perkara yang terkandung di dalam Memorandum Persefahaman (MOU).
Dalam satu kenyataan Majlis Presiden PH berkata pengecualian ini digambarkan sebagai idea Kerajaan sebaliknya dasar ini adalah salah satu perkara yang terkandung di dalam MOU yang ditandatangani oleh beliau sendiri bersama pimpinan utama PH pada 13 September lalu.
“Penting dijelaskan bahawa pada awalnya pihak Kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan PH untuk memberi pengecualian bayaran faedah kepada peminjam dari kelompok B50 ini.
“Tanpa pengiktirafan peranan MOU ini, ia mampu menjejaskan keyakinan kami terhadap keikhlasan pihak Kerajaan untuk berpegang kepada semangat MOU ini, dan turut bercanggah dengan konsep bersama dengan perpaduan rakyat,” jelasnya.
Mengulas lanjut, walaupun pada mulanya terdapat kebimbangan di pihak bank-bank, namun setelah siri libat urus ini berjalan dan pandangan pimpinan PH disampaikan dengan jelas, Perdana Menteri telah bersetuju dengan pendirian kami dan akhirnya dasar ini dapat dilaksana.
“Untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, pimpinan utama PH telah mengadakan siri pertemuan bukan sahaja bersama Menteri Kewangan malah juga dengan Ketuaketua Pegawai Eksekutif bank-bank komersil.
“Pelaksanaan Perkara 1.7 MOU ini merupakan satu kemenangan untuk rakyat,” katanya.
Majlis Presiden PH terdiri daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Stiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Madius Tangau.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment