4 Oktober 2021 – Seluruh rakyat Malaysia terutamanya pengguna media sosial diingatkan jangan sesekali bermain dengan kata-kata yang boleh mencetuskan api perkauman.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) amat kesal melihat komen berunsur perkauman yang telah dibuat oleh seorang pengguna media sosial terhadap pemain badminton perseorangan negara, Kisona Selvaduray ekoran kekalahan atlet tersebut di tangan pemain Jepun, Akane Yamaguchi dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman.
“Sukan telah sekian lama menjadi tapak integrasi perpaduan yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, kaum dan agama, namun ia telah dicemarkan oleh sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif yang mencetuskan api kemarahan dan perpecahan.
“Walaupun hanya sepatah perkataan, ia tidak wajar sama sekali dalam sebuah negara yang memiliki kepelbagaian kaum dan kerencaman budaya seperti negara kita.
“Semua pihak perlu mengelak daripada menggunakan kata-kata yang boleh mengguris hati dan perasaan kaum-kaum lain demi menjaga perpaduan dan keharmonian Keluarga Malaysia,” katanya.
Tambahnya, semangat sebagai sebuah Keluarga Malaysia perlu disemai, dipupuk dan dipelihara agar kita dapat terus hidup dalam keharmonian dan kesejahteraan walaupun hidup berbilang kaum dan agama.
Untuk rekod, seorang pengguna media sosial menerima kritikan selepas melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap S Kisona.
Malah, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjelaskan tindakan itu adalah tidak wajar dan sekeras-kerasnya menentang komen berunsur perkauman.
Sumber foto : Facebook Rasmi Kisona Selvaduray
- Ice Cube Marketing attains Google Premier Partner status and helps SMEs leverage more Google products
- IRC 2024: Menyelaras Keselamatan dan Inovasi Untuk Masa Depan Digital Yang Lestari
- Shopee Prioritises Seamless Shopping Experience with Launch of On-Time Guarantee
- Shopee Mengutamakan Pengalaman Membeli-Belah secara Lancar dengan Pengenalan Jaminan Tepat Waktu
- Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan
Leave a comment