4 Oktober 2021- Wisma Putra akan terus memperkasakan hubungan diplomasi serta bekerjasama bersama komuniti antarabangsa bagi memperjuangkan diplomasi kesihatan, kesaksamaan dalam pemerolehan vaksin serta merancakkan semula ekonomi pasca pandemik.
Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata , beberapa inisiatif telah dilaksanakan dalam tempoh 30 hari pertama berkhidmat di Kementerian Luar Negeri.
“Kementerian akan menyiapkan deraf Kerangka Dasar Luar yang memberi tumpuan kepada isu isu serta cabaran semasa di peringkat antarabangsa. Kerangka ini akan dimuktamadkan dan seterusnya dibentangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Hal Ehwal Antarabangsa Parlimen dalam masa terdekat.
“Mengukuhkan hubungan bilateral serta multilateral melalui perbincangan bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Menteri-Menteri Luar Australia, Brunei, China, Indonesia, Qatar, Singapura, Thailand, Turki, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), serta perjumpaan bersama semua duta negara-negara ASEAN, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan, dan semua negara anggota tetap Majlis Keselamatan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ujarnya, Kementerian akan mengutamakan kebajikan rakyat Afghanistan di dalam krisis Afghanistan dan telah melantik seorang Penasihat Khas berkaitan Hal Ehwal Afghanistan untuk memastikan Malaysia terus memberikan perhatian kepada bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Negara tersebut.
“Malaysia bakal menyumbang sejumlah USD100,000 (RM417400.00) PBB. Ini membuktikan komitmen Malaysia dalam memastikan keamanan dan kestabilan di Asia Barat, khususnya Afghanistan.
- Artificial Intelligence (AI) Robots Market to Reach USD 89.57 Billion by 2032, at 29.46% CAGR | Research by SNS Insider
- Sunrise Lawn Care in Katy TX Highlights Community Partnerships
- Singapore’s Tolaram Welcomes IFC Investment in Lagos Free Zone to Boost Industrial Growth and Economic Diversification in Nigeria
- Make the Moment: The 2025 OnePlus Photography Awards Calling for Creativity Worldwide
- MEET48 Unveils Multiple AI Products, Redefining the Future of the Entertainment Industry
Leave a comment