2 Oktober 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan memberi tumpuan dalam menyempurnakan prasarana 4G dengan sekurang-kurangnya 35 Mbps kelajuan capaian internet di seluruh negara.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata ia bagi memastikan lebih ramai rakyat berpeluang melibatkan diri dalam ekonomi digital sesuai dengan pembudayaan norma baharu.
“Dalam usaha mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh rakyat bagi mendapatkan akses kepada perkhidmatan internet, KKMM telah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi mudah alih dengan menyediakan dua pakej mampu milik iaitu Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia.
“Namun, cabaran utama yang perlu kita hadapi dalam pendigitalan ekonomi ini adalah bagaimana memberi galakan, bimbingan dan latihan kepada mereka untuk mengambil peluang dalam ekonomi digital.
“Justeru, bagi memastikan rakyat dan usahawan di peringkat akar umbi mempunyai kemudahan mendapatkan latihan dan bimbingan untuk terlibat dalam ekonomi digital, Kerajaan menyediakan Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia (PEDi) yang dulunya dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ujarnya, KKMM melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) juga merancang pelbagai program berpaksikan digitalisasi seperti e-Rezeki, e-Usahawan, GLOW, PeDAS, MyDigitalMaker, Gerakan #SayaDigital dan #MyDigitalWorkforce.
““Selain MDEC, KKMM juga terus mempergiatkan program bimbingan melalui MCMC dengan mewujudkan Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) bagi mendorong usahawan mikro beralih kepada pendigitalan. PUPUK bakal memanfaatkan 800 ribu usahawan mikro menjelang tahun 2025.
““Melalui MCMC juga usahawan kecil dibimbing secara dalam talian melalui platform e-dagang seperti Shopee dan seterusnya mampu menjual produk-produk sendiri di ruang pasar raya yang terkenal seperti AEON,” jelasnya.
Tambahnya, kerajaan telah menyediakan siling peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD) sehingga tahun 2025 sebanyak RM396.3 juta melalui melalui pelaksanaan program- program yang diselaraskan oleh KKMM, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan MDEC bagi menggalakkan penggiat industri kreatif dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi.
- PT. Eka Mas Republik (MyRepublic) Celebrates Double Recognition at ACES Awards
- Hong Kong’s premier ink art event UOB Art in Ink Festival returns this December, fostering art inclusivity
- Arbor Partners With Japanese Aomori Prefecture To Unveil A New Japanese-French Culinary Feast
- Beloved Disney ∙ Pixar Characters Come to Life as 10 FURRY NICE Collectible Furry Friend Sets at 7-Eleven
- Anglo-Chinese School Students Crowned as the Grand Winner of the Samsung Solve for Tomorrow 2024 Competition
Leave a comment