Kenyataan Media

Pengoperasian Taska Genius Perpaduan dan Tabika Perpaduan

290
Student at school playground illustration

2 Oktober 2021 – Sebanyak 17 Taska Genius Perpaduan (TGP) di 6 buah negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi bagi anak-anak yang ibubapanya bekerja. Manakala sebanyak 24 Taska Genius Perpaduan di 7 buah negeri Fasa 3 dan 2 buah negeri Fasa 4 PPN akan mula beroperasi secara fizikal iaitu TGP di Negeri Terengganu, Sarawak, Perlis, Negeri Sembilan dan WP Labuan akan mula beroperasi pada 3 Oktober 2021; TGP di Negeri Pahang akan mula beroperasi pada 11 Oktober 2021; dan TGP di WP Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka akan mula beroperasi pada 18 Oktober 2021.

Mengulas lanjut, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui satu siaran media yang diedarkan hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 833 buah Tabika Perpaduan (TP) di 6 buah negeri Fasa 2 PPN akan beroperasi secara Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR).

“Manakala sebanyak 948 TP di 8 buah negeri Fasa 3 dan 2 buah negeri Fasa 4 PPN serta Pulau Langkawi akan mula beroperasi secara fizikal iaitu TP di Negeri Terengganu, Sarawak, Perlis, Negeri Sembilan, WP Labuan dan Pulau Langkawi akan beroperasi mulai 3 Oktober 2021; TP di Negeri Pahang akan beroperasi mulai 11 Oktober 2021; dan TP di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor dan Melaka akan mula beroperasi pada 18 Oktober 2021.

Sekiranya berlaku perubahan Fasa PPN, pengoperasian TGP dan TP hendaklah mengikut ketetapan fasa baharu iaitu selepas dua (2) minggu daripada tarikh peralihan fasa tersebut seperti mana ditetapkan dalam Garis Panduan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula 1 Oktober 2021,
senarai negeri mengikut Fasa PPN.” jelas KPN.

Bagi Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan yang beroperasi secara fizikal, para guru dan pendidik mestilah mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti berikut:

a. Memastikan semua guru, penolong guru, pendidik dan pembantu pendidik perlu lengkap vaksinasi;
b. Pengoperasian adalah berdasarkan kepada kapasiti kelas setelah mengambil kira penjarakan fizikal;
c. Melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi di dalam dan di luar premis TGP dan TP;
d. Menampal panduan dan langkah-langkah pencegahan COVID-19 di tempat yang mudah dilihat;
e. Memastikan langkah-langkah penjarakan fizikal seperti menampal penanda ruangan dan jarak kedudukan di dalam dan di luar kelas; dan
f. Penggunaan aplikasi MySejahtera di premis TGP dan TP.

“Kementerian juga akan memastikan pengoperasian ini tertakluk kepada pematuhan yang ketat Garis Panduan Penularan COVID-19 Pasca Perintah Kawalan Pergerakan bagi Keselamatan Warga Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Garis Panduan Majlis Keselamatan Negara.” ujar KPN.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...