2 Oktober 2021- Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan bermula Isnin, 4 Oktober 2021, vaksinasi bagi penduduk dewasa Lembah Klang untuk warga negara dan bukan warga negara kini hanya dengan kaedah janji temu sahaja.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, semua individu dewasa yang ingin mendapatkan vaksinasi COVID-19 termasuk mereka yang terlepas janji temu suntikan dos kedua juga perlu membuat janji temu awal.
“Mereka terlebih dahulu perlu menghubungi nombor telefon bilik gerakan vaksinasi daerah masing-masing atau emel seperti yang turut disertakan.
“Untuk vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun, sila rujuk kepada pengumuman yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian KK atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdasarkan lokasi yang berhampiran dengan penerima seperti yang senarai dalam lampiran.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang