29 September- Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat skop kerja-kerja membaik pulih dengan kos keseluruhan sebanyak RM38.5 juta, termasuk kerja kerja penggantian sistem pendawaian elektrikal dan kebocoran atap Kompleks Seri Perdana.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad berkata Kompleks Seri Perdana yang dibina pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999, adalah kediaman rasmi kerajaan untuk Perdana Menteri Malaysia.
“Berikutan usia Kompleks Seri Perdana telah mencecah 22 tahun, ia telah mengalami banyak kerosakan.
“Setakat hari ini (29 September 2021), kerja-kerja baik pulih telah mencapai 74% kemajuan, berbanding 71% seperti dalam jadual,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau menjawab soalan bernombor 49 oleh Datuk Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena), mengenai status projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana.
- AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah
- Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan
- Moomoo Wins “Digital CX Awards 2024” by The Digital Banker
- Nano-Care Deutschland AG launches next generation of sustainable PFAS-free oleophobic coatings
- Winner of Hong Kong’s Flagship Global Elevator Pitch Competition Crowned
Leave a comment