Parlimen @ My LNAPendidikan @ My LNA

Pengambilan Khas 18,702 orang PPP di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

124

KUALA LUMPUR 20 September 2021 – Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan bahawa bagi Pengambilan Khas seramai 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off bagi mengisi kekosongan guru di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ia adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik.

Menurut Dr. Radzi ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Jerai di Dewan Rakyat hari ini, dari segi kriteria pemilihan, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan daripada Universiti Awam (UA), Universiti Swasta dan universiti luar negara untuk dilantik secara tetap.

“Selain daripada itu, calon juga perlu memenuhi syarat skim perkhidmatan, memenuhi padanan Kluster Mata Pelajaran dan berjaya dalam temu duga SPP. Temu duga tersebut menilai kompetensi umum seperti sikap, penampilan diri, pengetahuan am dan kompetensi fungsional seperti kandungan mata pelajaran dan pedagogi.

Sekiranya bilangan calon yang berjaya dilantik dalam kalangan graduan yang mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan masih belum mencukupi, maka SPP akan melaksanakan kaedah lantikan secara Contract of Service (CoS) dalam kalangan calon-calon yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan.” katanya.

Tambah Radzi, berdasarkan data sehingga 19 September 2021, terdapat 21,564 kekosongan guru di sekolah KPM
seluruh negara.

“Dengan mengambil kira pengambilan one-off tersebut, baki kekosongan 2,862 akan diisi melalui proses lantikan biasa secara berterusan oleh SPP. KPM yakin dengan pengambilan one off ini perkara berkaitan kekurangan guru yang telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya akan dapat diselesaikan.” ujar Radzi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG – Pengetua, Saridah Abdul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM santuni komuniti muallaf dan asnaf di pedalaman Sabah

Program khidmat bakti yang diadakan oleh mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya...