Home Parlimen Pengambilan Khas 18,702 orang PPP di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
ParlimenPendidikan

Pengambilan Khas 18,702 orang PPP di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

KUALA LUMPUR 20 September 2021 – Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan bahawa bagi Pengambilan Khas seramai 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off bagi mengisi kekosongan guru di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ia adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik.

Menurut Dr. Radzi ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Jerai di Dewan Rakyat hari ini, dari segi kriteria pemilihan, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan daripada Universiti Awam (UA), Universiti Swasta dan universiti luar negara untuk dilantik secara tetap.

“Selain daripada itu, calon juga perlu memenuhi syarat skim perkhidmatan, memenuhi padanan Kluster Mata Pelajaran dan berjaya dalam temu duga SPP. Temu duga tersebut menilai kompetensi umum seperti sikap, penampilan diri, pengetahuan am dan kompetensi fungsional seperti kandungan mata pelajaran dan pedagogi.

Sekiranya bilangan calon yang berjaya dilantik dalam kalangan graduan yang mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan masih belum mencukupi, maka SPP akan melaksanakan kaedah lantikan secara Contract of Service (CoS) dalam kalangan calon-calon yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan.” katanya.

Tambah Radzi, berdasarkan data sehingga 19 September 2021, terdapat 21,564 kekosongan guru di sekolah KPM
seluruh negara.

“Dengan mengambil kira pengambilan one-off tersebut, baki kekosongan 2,862 akan diisi melalui proses lantikan biasa secara berterusan oleh SPP. KPM yakin dengan pengambilan one off ini perkara berkaitan kekurangan guru yang telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya akan dapat diselesaikan.” ujar Radzi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPendidikan

Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Bersama Industri 2023

ARAU, 10 Mac 2023 – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah mengadakan...

AMMY LNAPendidikan

Institusi Tvet@Kkdw Jalin Usaha Sama Dengan Rakan Industri

SUBANG, 23 Februari 2023 – Komitmen Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)...

AMHighlightsMY LNAParlimen

KUNJUNGAN HORMAT SPEAKER PARLIMEN SINGAPURA

KUALA LUMPUR: “Ahli Parlimen golongan muda Malaysia dan Singapura perlu mewujudkan ekosistem...

AMHighlightsMY LNAPendidikanTeknologi

PLANETMAHIR Lancar Aplikasi Kecerdasan Buatan (Ai), Sedia Ke Pasaran Global

PETALING JAYA, 14 Februari 2023 – Planetmahir Sdn Bhd, syarikat penyedia platform...