KUALA LUMPUR 20 September 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa Kementerian telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk membendung, mencegah dan menguatkuasakan undang-undang bagi mengatasi masalah ini.
Menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Beaufort di Dewan Rakyat hari ini, Annuar berkata sebagai contoh, sebagai strategi membendung ataumendidik masyarakat, pihak KKMM melalui SKMM telah melancarkan kempen yang berjudul ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’, satu lagi kempen ‘Klik Dengan Bijak’ telah dijalankan dan mendapat sambutan yang agak baik dan turut dijayakan oleh agensi berita yang lain termasuk RTM, BERNAMA dan juga Jabatan Penerangan turut serta media elektronik, media cetak yang lain.
“Kementerian juga melalui SKMM telah mengadakan program advokasi dengan penglibatan masyarakat. Sebagai contoh, program yang dinamakan Malaysia ICT Volunteer (MIV) telah dilaksanakan dan sepanjang tahun 2020, 83 program dilaksanakan dan pada tahun ini sehingga kini, 25 program telah dilaksanakan.
Sementara itu, kerjasama rapat dan berterusan dengan pihak penyedia perkhidmatan media sosial atau Social Media Service Provider seperti Twitter, Facebook dan Google sedang diperkemaskan untuk mempertingkatkan peranan sedemikian.” katanya.
Tambah Annuar, satu pasukan Rapid Response Team atau Pasukan Respon Pantas yang dianggotai oleh pegawai-pegawai berkemahiran daripada KKMM, SKMM dan Majlis Keselamatan Negara telah juga dibentuk.
Sepanjang tahun 2020 sehingga sekarang, sebanyak 479 penafian-penafian berita palsu telah pun dapat dilaksanakan sementara pada tahun 2020 sebanyak 416 penafian telah dilaksanakan dan pada tahun ini sebanyak 63 penafian telah dilaksanakan.
“Selain daripada itu, diwujudkan juga Portal Sebenarnya.my sebagai satu sumber untuk mendapatkan berita-berita yang lebih tepat dan Alhamdulillah sepanjang daripada tahun 2020 sehingga Julai 2021, portal ini mendapat 186 juta layaran dengan 9.83 juta hits yang menunjukkan peningkatan yang amat tinggi sejak berlakunya penularan COVID-19.” ujar Annuar.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment