19 September 2021 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa para pelancong yang mahu memasuki ke Pulau Langkawi perlu mempunyai kesedaran dalam pematuhan SOP terutamanya ketika menaiki pesawat dan feri menuju ke pulau tersebut.
Beliau turut mencadangkan supaya jumlah penumpang dikurang untuk adakan jarak fizikal.
“Jika tidak penumpang akan duduk berdekat dan jangkitan mudah berlaku sungguhpun adanya ujian saringan sebelum masuk. Jarak 1 meter ini perlu dipastikan bukan sahaja dalam pesawat atau feri, ini termasuklah semasa berbaris di terminal.
Sebaiknya SOP ialah 1 meter tiap seorang. Kita perlu ikut saranan itu. Pengurangan penumpang dalam pesawat atau feri boleh ditampung dengan penambahan kekerapan perjalanan masuk/keluar ke sini. Penduduk dan pelancong perlu saling bertanggungjawab patuh SOP kerana jika program gelembung pelancongan ini gagal, sudah pasti ia beri kesan negatif kepada industri pelancongan Langkawi. ” kata Ahli Parlimen Langkawi tersebut menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau.
Tambahnya lagi beliau gembira melihat Langkawi kembali ceria, namun semua yang datang dan tinggal di sini perlulah patuh SOP pencegahan COVID19.
“Dalam taklimat bersama LADA, saya dimaklum sudah ada negara luar seperti Singapura, Rusia dan Poland memohon masuk melalui charter flight. Sebelum kita terima, kita perlu pastikan kejayaan pelancongan domestik terlebih dahulu. Kesiapsiagaan sistem kesihatan amat penting dalam menghadapi penularan luar jangka.
Saya ingin ucap terima kasih dan selamat datang kepada semua pelawat yang memilih Langkawi sebagai tempat bercuti.” ujarnya.
- Sistem CIPM MCMC raih anugerah
- MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah
- Verizon supports Texas and Louisiana communities affected by recent storms
- Shareholders of UnitedHealth Group Inc. Should Contact Levi & Korsinsky Before July 15, 2024 to Discuss Your Rights – UNH
- Roofer911 Sets New Standards in the Construction Industry with Comprehensive Roofing Services
Leave a comment