13 September 2021 – Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada hari ini melakar sejarah negara dengan memeterai Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik.
Menurut Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melalui satu hantaran di Facebook rasmi beliau, kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap tersebut menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas hari ini.
“Semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian demi mencapai matlamat ‘Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan’.
Transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini bukan sahaja mendorong kepada tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.” katanya.
Tambah Ismail Sabri, Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimaktubkan hari ini merangkumi Pemerkasaan Pelan COVID-19; Transformasi Pentadbiran; Pembaharuan Parlimen; Kebebasan Institusi Kehakiman; Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
“Kerajaan yakin, ia bukan sahaja berupaya mengenepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.Setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membulatkan tekad, mengenepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.” ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, Menteri Luar Negeri Dato’ Saifuddin Abdullah turut gembira dengan perkembangan ini. Katanya ia adalah mercu tanda sangat penting dalam perjalanan politik Malaysia.
“Ia satu amalan perundingan (Sura) yang bersifat bi-partisan di antara kerajaan dan pembangkang.Pendekatan ini adalah satu elemen Politik Baru kearah demokrasi yang lebih matang.
Ia merujuk kerjasama politik pelbagai pihak demi kepentingan rakyat, mengetengahkan polisi (bukannya personaliti) dan dapat mengurangkan perbezaan yang terlalu tajam (sehingga lawan politik dianggap musuh ketat).Semoga perkembangan ini membawa budaya politik yang lebih bersih dan segar.” kata Saifuddin melalui hantaran di Facebook rasmi beliau.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment