13 September 2021 – Susulan dari laporan berita bahawa pihak kedutaan Jepun di Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah-rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara Asia Tenggara, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di negara ini adalah terkawal.
Menurut Ketua Polis Negara Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani menerusi satu kenyataan media hari ini, PDRM setakat ini tidak mengesan / menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan.
“Orang ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana pdrm akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat. pemantauan juga akan ditingkat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
PDRM sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dan keharmonian di negara ini.” kata beliau.
- 2023 Taitung “Most Beautiful Starry Sky” Concert: “6 Bests” Invites Everyone to Watch the Stars
- Move on, DAP tells UMNO Youth after apology demand
- Intipati Ucapan Dasar Presiden UMNO Padat Misi dan Visi Parti
- Pinda Perlembagaan Permudah Daftar Keahlian
- UMNO always stance to defend Malay and Islam issues – Zahid
Leave a comment