9 September 2021 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Dr. Abd Latiff memaklumkan bahawa beliau telah menyaksikan sesi menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) secara maya. Jelas beliau melalui satu hantaran di Facebook rasminya, usahasama tersebut bakal membuka jalan untuk produk buatan Sabah hasil para usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (kumpulan B40 dan M40) ke pasaran dunia.
“Di majlis tersebut juga turut menyaksikan pelancaran Global Processing One Stop Centre (GLOPEC), sebuah platform yang diwujudkan untuk mengurus dan melaksanakan strategi perluasan global serta pelan pemasaran dan promosi perdagangan untuk membantu membuka peluang kepada para usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah dalam meneroka kerjasama perniagaan baru di pasaran dunia.
GLOPEC akan berfungsi sebagai pusat penghubung yang bakal berurusan dengan pelbagai agensi dan badan yang terbabit dengan perniagaan serta pihak berwajib di pasaran yang disasarkan serta pembekal dan pembeli menerusi penyebaran maklumat dan peluang perniagaan yang berkaitan dengan para usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah.” kata Abd Latiff.
Pada majlis tersebut telah menyaksikan Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar menandatangani perjanjian bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor sementara TERAJU diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Md Silmi Abd Rahman sambil disaksikan oleh Pengarah Penyampaian Strategik,Penciptaan Kekayaan dan Modal Insan, Encik Mohd Najib Jaafar, yang ditandatangani di ibu pejabat TERAJU, di Kuala Lumpur.
“Diharapkan usahasama ini membuka langkah permulaan yang baik bagi menerokai pasaran antarabangsa dan bertepatan dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan untuk menghasilkan ekosistem sesaksamaan sosioekonomi yang inklusif bagi semua peringkat.” tambah Abd Latiff.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment